Salam Sejahtera ..

Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog yang dikasihi..



Sebagai seorang insan, kita memerlukan kasih sayang, tempat tinggal, makanan dan wang ringgit untuk terus hidup dengan selesa di dunia ini..



Sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan keperluan tersebut untuk cahayamata tersayang.. Di samping itu juga, pendidikan dan perubatan adalah satu kemestian yang tidak boleh dielakkan. Adakah anda dapat menyediakan semua keperluan tersebut?Bagaimana dan Mampukah anda???



Di saat anda bersama mereka yang tersayang, anda pasti sedaya mungkin memenuhi keperluan tersebut walau seminima yang mungkin.. tetapi bagaimana jika anda sudah tiada??



Fikir-fikirkanlah.... Setiap yang hidup, pasti akan pergi jua..

Pergi dan tinggalkanlah dunia ini dengan didikan dan bekalan yang cukup untuk mereka yang tersayang..

Perkataan sayang sahaja tidak cukup jika anda tinggalkan mereka dengan beban yang tidak tergalas di bahu mereka..



Pembaca sekalian, layarilah blog ini untuk manfaat kita semua..



Wassalam



Friday, April 1, 2011

Kenapa Saya Memerlukan Insurans ??

Anda berkerja keras untuk membina asas kewangan yang utuh buat anda sekeluarga, pastinya anda juga mahukan semuanya dilindungi. Kemalangan dan malapetaka boleh berlaku bila-bila masa, dan sekiranya anda telah diinsuransi sepenuhnya, ia tidak akan menjejaskan kewangan dan hidup anda. Anda memerlukan insurans untuk melindungi hidup anda dan pendapatan anda bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".


Insurans Apa Yang Anda Perlukan ???

1. Insurans Hayat (life insurance)

2. Insurans Kesihatan

3. Insurans Harta (property)


Jenis Insurans Yang Tidak Diperlukan

Terdapat banyak jenis polisi insurans yang tidak diperlukan oleh kebanyakan orang. Dengan membeli insurans yang salah,atau membelanjakan terlalu banyak di dalam insurans boleh membawa keburukan lebih dari kebaikan. Justeru itu, memahami keperluan anda adalah penting sebelum anda membeli sebarang polisi dari mana-mana syarikat.


Berapakah Keperluan Insurans Hayat Anda ?

Ini merupakan satu persoalan yang sangat penting, dan anda mungkin dapati anda tidak memerlukan sebarang insurans hayat, atau anda memerlukan perlindungan hingga berjuta ringgit atau lebih. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum anda membeli insurans hayat. Fikirkan sama anda perlukan insurans hayat atau tidak, dan jika YA, berapakah yang anda perlukan.


Jimatkan Wang untuk Insurans Hartanah Anda

Untuk kebanyakan orang, rumah adalah aset terpenting, jadi tidak hairan mereka memastikan rumah mereka diinsurans dengan coverage yang tinggi. Malangnya, ia memakan kos yang tinggi, namun ada kaedah bagaimana anda dapat menjimatkan wang insuransi ke atas rumah anda.