Anda berkerja keras untuk membina asas kewangan yang utuh buat anda sekeluarga, pastinya anda juga mahukan semuanya dilindungi. Kemalangan dan malapetaka boleh berlaku bila-bila masa, dan sekiranya anda telah diinsuransi sepenuhnya, ia tidak akan menjejaskan kewangan dan hidup anda. Anda memerlukan insurans untuk melindungi hidup anda dan pendapatan anda bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".
Insurans Apa Yang Anda Perlukan ???
1. Insurans Hayat (life insurance)
2. Insurans Kesihatan
3. Insurans Harta (property)
Jenis Insurans Yang Tidak Diperlukan
Terdapat banyak jenis polisi insurans yang tidak diperlukan oleh kebanyakan orang. Dengan membeli insurans yang salah,atau membelanjakan terlalu banyak di dalam insurans boleh membawa keburukan lebih dari kebaikan. Justeru itu, memahami keperluan anda adalah penting sebelum anda membeli sebarang polisi dari mana-mana syarikat.
Berapakah Keperluan Insurans Hayat Anda ?
Ini merupakan satu persoalan yang sangat penting, dan anda mungkin dapati anda tidak memerlukan sebarang insurans hayat, atau anda memerlukan perlindungan hingga berjuta ringgit atau lebih. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum anda membeli insurans hayat. Fikirkan sama anda perlukan insurans hayat atau tidak, dan jika YA, berapakah yang anda perlukan.
Jimatkan Wang untuk Insurans Hartanah Anda
Untuk kebanyakan orang, rumah adalah aset terpenting, jadi tidak hairan mereka memastikan rumah mereka diinsurans dengan coverage yang tinggi. Malangnya, ia memakan kos yang tinggi, namun ada kaedah bagaimana anda dapat menjimatkan wang insuransi ke atas rumah anda.